Khamis, 18 September 2014

RAHSIA DAUN INAI

Dicatat oleh Unknown di 9:40 PTG 0 ulasan
Musim cuti sekolah ni memng banyak sangat kenduri kahwin. Waktu yang paling aku suka ialah malam berinai. Waktu nilah aku boleh pakai inai original. Kalau tak sebelum ni pakai inai yang orang bawa balik dari Mekah ja. Aku memang takkan lepaskan peluang ni sebab aku memng suka pakai inai dari kecil lagi. Kalau boleh sampai jari aku sentiasa warna oren....

Dain inai ni aku sendiri yang giling tau....hebat???

Selepas 4 jam....oklah tak terang sangat

Sebenarnya inai bukan saja untuk mencantikkan, tapi ada banyak kelebihan lain terutamanya inai yang ori - terbaik dari ladang.......


Pokok inai belakang rumah



 KHASIAT DAUN INAI
  • Kecutkan faraj selepas bersalin
    Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

  • Sembuhkan luka dan kudis
    Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku dan sebagai ejen penyejuk. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.
     
     
  • Merawat kebotakan
    Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

  •  Haid atau keputihan berlenihan
     Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal
  •  Pewarna rambutBila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.



      

RAHSIA DISEBALIK AL-FATIHAH...

Dicatat oleh Unknown di 7:04 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua........ harap semuanya sihat dan ceria sentiasa.
Mulakan hari anda dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrohim'
Walaupun semua dah tahu tapi jom kita ulangkaji semula tentang saat ALLAH menjawab Al-Fatihah kita.

Ramai sekali orang yang tergesa-gesa tanpa pause dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-FAtihah tersebut, ALLAH S.W.T. menjawab setiap ucapan kita.

Dalam sebuah hadith Qudsi ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA berfirman:
"Aku membahagikan solat menjadi dua bahagian untuk AKU dan untuk Hamba-ku"
  • Tiga ayat di atas Iyyaka "Na'bdu Wa iyyaka nasta'in" adalah hak ALLAH
  • Tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya
~Ketika kita mengucapkan "Alhamdulillahi Rabbil 'alamin"
  -ALLAH menjawab "Hamba-ku telah memuji-ku"

~ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir Rahim"
   - ALLAH menjawab "Hamba-ku telah mengagungkan-ku

~Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin"
   - ALLAH menjawab "Hamba-ku memuja-ku"

~Ketika kita mengucapkan "Iyyaka Na'bdu Wa iyyaka nasta'in"
   - ALLAH menjawab "Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-ku

~Ketika kita mengucapkan "Ihdinas siratal mustaqim. Siratallazina an'amta a'laihim waladdholiin"
   - ALLAH menjawab "Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-ku. Akan Ku penuhi yang ia minta."
                                                                                             (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawapan indah dari ALLAH kerana ALLAH sentiasa melihat setiap perbuatan kita. Wallahhu'alam......
Kenyataan ini adalah hasil perkongsian dari seorang sahabat. Jadi kalau ada yang salah sila betulkan.

Terima kasih. =)
 

Rabu, 17 September 2014

MINUMAM 3 IN 1 MEMBAHAYAKAN... *o*

Dicatat oleh Unknown di 8:59 PTG 0 ulasan
Pagi tadi waktu bancuh kopi, tiba2 boleh pula teringat zaman sekolah dolu-dolu. Aku selalu minum kopi 3in1 sebelum 'stay up'. Senang, ringkas dan cepat. Maklumlah budak study saat akhir mesti kena bersengkang mata lebih sikit untuk ukangkaji.
Kebanyakan masyarakat sekarang ni pun lebih suka ambik minuman 3 in 1 sebab lebih mudah dan cepat. Tapi x sedar kesan buruknya.

MENGAPA MINUMAN 3in1 BAHAYA???

Info kandungan minuman 3 in 1

Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.
- Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
- Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
- Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
- Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
- Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau sepinggan nasi.
- Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
- Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

Sumber:
- Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia




image

Semoga info kesihatan ini dapat membantu Anda dan menambah pengetahuan kesihatan diri Anda. Siapa yang nak jaga kesihat diri sendiri melainkan diri sendiri. Mencegah lebih baik daripada merawat. Nikmat dunia, hanya setakat di tekak saja. Nikmat di syurga nanti rasa lazat makanan selama-lamanya.

Wassalam.

Selasa, 16 September 2014

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Dicatat oleh Unknown di 9:42 PTG 0 ulasan

Beberapa minggu sebelum tanggal 31 Ogos, unit Pemulihan dan TESL perlu mengikuti program kibar jalur gemilang di Ayer Keroh, Melaka. Excited juga la sebab first time keluar di khalayak ramai sebagai student IPG. Tapi yang lagi aku bangga ialah sebab tahun ni aku sambut merdeka di Bandaraya Bersejarah. Tempat yang ada banyak tinggalan sejarah kesan daripada penjajahan. Aku harap sangat aku boleh menimba banyak ilmu baru berkaitan sejarah Malaysia selama aku berada di Melaka.Maklumlah aku kan anak moden......kurang sikit pengetahuan tentang sejarah.

Upacara menaikkan bendera Malaysia 'Jalur Gemilang' di perkarangan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Ok.....disebabkan aku ke Ayer Keroh untuk pelancaran kibar jalur gemilang, jadi aku akan kongsikan asal usul penciptaan jalur gemilang.

Bendera Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. Bendera ini telah diilhamkan melalui satu pertandingan khas mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu.Pencipta Jalur Gemilang sebenarnya bukanlah agen perisik warga Amerika, tapi dia seorang arkitek dari Johor yang bernama Mohamad bin Hamzah. Memang warga tempatan tulen.




Pada tahun 1995 barulah ada suatu inisiatif untuk memberi nama khas atau nama rasmi kepadanya. Idea menamakan bendera negara adalah ilham Datuk Hashim Mat Dris, seorang bekas pegawai kerajaan yang dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri. Hashim berpendapat nama yang sesuai untuk bendera negara ialah ‘Si Tuah’ sempena nama Hang Tuah, pahlawan Melayu yang berani, gagah perkasa dan setia kepada raja. Cadangan Hashim itu kemudiannya dibawa kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu. Pada 11 Julai 1995 Tun Dr. Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi memilih nama yang sesuai untuk bendera Malaysia.

Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta huraiannya. Setelah penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu ‘Setia Perkasa’, ‘Seri Setia Perkasa’ dan ‘Seri Setia Negara’. Bagaimanapun, apabila dikemukakan untuk mendapat persetujuan jemaah menteri pada 11 September 1996, nama-nama tersebut gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang berpandangan bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera Malaysia itu sendiri. Jemaah menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru dikemukakan. Berikutan keputusan itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama-nama baru untuk bendera Malaysia.

Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’ dan ‘Jalur Sinar Gemilang’.

Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997, jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang’. Perisytiharan Jalur Gemilang sebagai nama bendera Malaysia telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semasa acara Ambang Merdeka sempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu,
lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan
arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju
kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian BenderaMalaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

FEBRUARI ???

Dicatat oleh Unknown di 6:56 PG 0 ulasan


Dilahirkan pada bulan Februari membuatkan aku sering mencari kelebihan bulan ini......Tapi tak bermaksudla aku percaya semua tilikan dan andaian yang dibuat, nanti  jadi syirik plak.
Tapi sekarang aku nak kongsi sedikit sebanyak kelebihan orang yang dilahirkan pada bulan 'cinta' ni. 
Kelebihan dilahirkan pada bulan Februari
# sukakan benda yang realiti dan abstrak
# inteligent, bijak dan genius
# personaliti yang sering berubah
# mudah menawan org lain
# agak pendiam, pemalu dan rendah diri
# jujur dan setia pada segalanya
# keras hati untuk mencapai matlamat
# tidak suka dikongkong
# mudah memberontak apabila dikongkong
# suka kegiatan yang lasak
# emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
# mudah mempamerkan rasa marah
# tidak suka benda yang remeh-temeh
# suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
# sangat berani dan suka memberontak
# bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk
merealisasikan impiannya
# pemerhatian yang tajam
# suka hiburan dan sukan
# sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
# amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
# belajar untuk mempamirkan emosi
Yang mana baik tu ikut la....tpi yang tak baik tu cuba2 la ubah supaya menjadi insan yang lebih berguna.
 

This is Me Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea