Isnin, 20 Oktober 2014

Paprik Ayam

Dicatat oleh Unknown di 6:32 PG
BAHAN-BAHAN A :

Dada ayam yang dipotong kecil (selalu aku guna dada ayam bersaiz besar dalam 3 atau 4 ketul)
Bawang besar sebiji dihiris
Bawang putih 3 - 5 ulas diketuk atau dihiris ikut suka tekak anda
Halia 2 inci dihiris
Cili merah dan cili padi (berapa batang terpulang pada toleransi anda terhadap makanan pedas)
Serai 2 - 3 batang diketuk
1 kiub ayam
1 kiub tomyam (ikut suka nak letak atau tak ; dalam 4 kali aku masak sekali saja aku guna)
Daun limau 5 - 6 helai
Sedikit perahan limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Sayur (baby corn, lobak, kacang panjang, kubis bunga)


BAHAN-BAHAN B : (Ini adalah sos dan boleh dicampurkan semuanya dalam satu mangkuk)

2 - 3 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos ikan


CARA-CARA MASAK :

1) Ayam yang dipotong kecil tadi boleh digaul dengan sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam / kunyit dan digoreng sebentar. Jangan terlalu lama dan garing sangat.

2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar + bawang putih + cili padi + serai.

3) Bila agak dah kekuningan dan harum, masukkan sos yang telah dicampurkan tadi + kiub pati ayam seketul + halia yang dihiris.

4) Gaul sebentar dan masukkan air ikut kepekatan yang anda suka. Kalau anda suka pekat, letak secawan kecil air pun cukup. Kalau anda suka berkuah sikit, letak dalam 2 cawan kecil air. Aku selalu letak secawan kecil.

5) Masukkan sayur sebab sayur perlukan masa untuk empuk. Dah agak-agak empuk, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kaup balikkan kesemua bahan.

6) Masukkan sedikit perahan air limau kasturi, garam dan gula secukup rasa.

7) Carikkan daun limau ke dalam kuali. Masak lagi sekejap. Sekejap saja, tak perlu lama-lama okay. Dan siap!!! Dan inilah hasilnya. 
Kalau nak diikutkan aku bukanlah arif sangat masak, pakai main campak-campak saja. Asal  sedap ditekak, jadilah. Heee. Resepi ni semua cari di internet je....Mudah. Menu ni merupakan resepi keempat aku masak untuk orang dalam rumah.
Okay semua, selamat mencuba. Aku pun budak baru belajar lagi, salah silap harap dimaafkan dan dibetulkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

This is Me Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea