Isnin, 20 Oktober 2014

Persediaan Hadapi Kematian

Dicatat oleh Unknown di 10:03 PG 0 ulasan
Segera melunaskan hutang, menulis wasiat dan mengembalikan harta amanah

Sesungguhnya mati itu adalah benar, kenikmatan dan seksa di alam kubur adalah benar, pertanyaan Munkar dan Nankir adalah benar. 
Itulah ungkapan talkin yang sering kali dibacakan sebagai pengajaran kepada yang masih hidup. Namun, berapa ramai yang sedar hakikat kematian. Masihkah lagi kita sanggup menggadai iman dan pahala dengan perkara yang sia-sia. 
Sememangnya kita melalui saat waktu malam dengan bersenda gurau bersama anak dan isteri, merasai nikmat kehidupan seolah-olah tiada penghujungnya dan merehatkan badan selepas penat mengharungi liku-liku kehidupan di siang hari.

Namun, janganlah kita lupa kepada satu malam yang pasti akan tiba. Itulah malam pertama di alam kubur yang belum pasti keadaannya. Orang soleh sering membayangkan malam pertama di alam kubur dan menangis memikirkan nasib mereka di sana.

Leka dunia, tak peduli kematian

Bagi yang masih leka dengan dunia, langsung tidak ambil peduli mengenai kematian, apatah lagi merenungi bagaimana nasibnya di sana nanti. Ingatlah firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 78 bermaksud: 
“Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?”

Marilah kita mempersiapkan bekalan menghadapi alam kubur dengan melakukan amal soleh dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya ia akan menjadi penerang kegelapan dan pendamping di kala menghadapi malaikat Munkar dan Nakir yang bengis dan pemarah.

Bukan hanya dengan amal soleh, lakukan juga beberapa persediaan antaranya segerakan bertaubat, memperbanyakkan mengingati mati, meminta maaf sesama manusia dan memaafkan, melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan memupuk cinta kepada akhirat melebihi dunia.

Justeru, didiklah hati yang terlalu memikirkan kesenangan hidup di dunia kerana akhirnya kita akan melupakan hakikat kematian bahkan membawa kepada penyakit takutkan kematian.

Perlu diingatkan, sebelum tiba saat dipisahkan roh daripada jasad, bersegeralah menyelesaikan hutang, menulis wasiat dan mengembalikan harta amanah.

Jika tidak mampu menyelesaikan hutang atau tidak sempat mengembalikan harta amanah, tinggalkan wasiat kepada waris di samping wasiat harta pusaka. Perkara inilah yang sering diabaikan sehingga menjadi kesusahan kepada ahli waris menyelesaikannya.

Alangkah ruginya jika kita termasuk dalam kalangan mereka yang leka tanpa berbuat bekalan menghadapi mati. Usahlah dibanggakan dengan kekayaan dunia kerana harta yang akan dibawa hanya kain kapan yang tidak berjahit.

Usahlah dibanggakan dengan rumah besar dan mewah kerana tempat tinggalnya nanti hanyalah sebuah lubang sempit dan gelap gelita.

Usahlah dibanggakan dengan kereta mewah dan mahal kerana kenderaan yang akan dinaiki ke kubur hanyalah sebuah keranda.

Justeru, ayuh kita meletakkan Allah sebagai keutamaan dalam setiap perkara agar Allah juga memberikan keutamaan dan keistimewaan kepada kita apabila kita datang menghadap-Nya nanti.

Kubur boleh jadi taman Syurga atau lubang neraka

Ingatlah lubang kubur akan menjadi salah satu daripada taman Syurga atau salah satu daripada lubang neraka. Hanya amal ibadah, jariah, sedekah, ilmu yang bermanfaat dan setiap perbuatan baik di dunia yang dapat menentukan nasib kita ‘di sana’.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah: 

* Bersedia untuk menghadapi kematian yang pasti akan tiba saatnya.

* Buat sebaik mungkin setiap amal ibadah wajib dan sunat, di samping memperbanyakkan    amal soleh, jariah dan sebagainya sebagai bekalan menuju ke alam barzakh.

* Suburkan perasaan cinta kepada akhirat melebihi dunia supaya hilang rasa takut untuk      mati.

Lakukan taubat nasuha (solat taubat)

Cara Pemakanan Rasulullah S.A.W

Dicatat oleh Unknown di 9:06 PG 0 ulasan

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan. - Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
- kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
- Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: “Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.

8. Buah tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan” – (An-Nahl: 68-69).

12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.


18. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

21. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

Lihat:
Cara untuk kurus

Butter Prawn

Dicatat oleh Unknown di 8:27 PG 0 ulasan



Bahan-bahan :


  • 10 ekor udang XL (dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit)
  • 3-4 biji kuning telur (dikacau sedikit) 
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 inci halia (dicincang)
  • sedikit susu cair - optional
  • 1 tangkai daun kari
  • 4-6 biji cili padi (dihiris)
  • gula secukupnya
  • 100g mentega
Cara-cara:
  1. Cairkan mentega di dalam kuali dengan api perlahan. Apabila sudah cukup panas tuangkan perlahan-lahan kuning telur sambil dikacau perlahan-lahan tanpa henti dengan senduk (tangan kiri memegang bekas untuk kuning telur dan angkat tinggi sedikit macam nak buat teh tarik sementara tangan kanan memegang senduk. Putar secara sehala sahaja). Angkat dan tapiskan sebaik sahaja minyak mentega tadi berbuih. (kalau nak garing, boleh biarkan lama sedikit tetapi jangan sampai hangus). Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng udang hingga masak. Angkat dan toskan. 
  3. Kemudian cairkan/panaskan lagi sedikit mentega atau minyak masak(anggaran 1sudu besar), tumis bawang putih dan halia hingga garing. Masukkan daun kari, cili padi dan gula secukupnya. 
  4. Masukkan udang dan separuh daripada telur tadi. Gaul-gaulkan. Boleh juga masukkan sedikit susu cair jika suka 
  5. Tutupkan api. Masukkan lebihan telur tadi dan gaulkan lagi. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sebagainya. 



Sambal Tumis Sotong

Dicatat oleh Unknown di 7:44 PG 0 ulasan

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7zbq9sLGqh_BYBU5Yf8cj72jlpslrJ-JX6Mj7sqXM2Y_4YkWGn73zBluavcrb3wVuB1WKWikcDSv0t0Suy7Nn_4SUi_R7RmGuIS-HkCFxmgEG80AeWhlaScQQeb6DxYI9qrQ9tBYeMfWx/s1600/DSC00196.JPG

Bahan:

  • 500-900 gm sotong (dicuci bersih) - dihiris membulat
  • 20-30 tangkai cili kering dikisar
  • 5-7 biji bawang merah dikisar
  • 1-3 biji bawang putih dikisar
  • sedikit belacan
  • air secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • garam, gula dan perasa secukupnya

Cara penyediaan:

  • 1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan naik bau. Kacau rata.
  • 2. Tambahkan garam, gula dan perasa secukupnya dan kacau sebati.
  • 3. Masukkan sotong yang siap dihiris tadi dan gaulkan dengan sambal secara merata. Masukkan air asam jawa secukupnya.
  • 4. Masak hingga sotong lembut dan mengeluarkan air sendiri.
  • 5. Sedia untuk dihidang.

Cheesekut Oreo

Dicatat oleh Unknown di 6:54 PG 0 ulasan
BAHAN-BAHAN :
Biskut Hup Seng Deluxe Crackers sebungkus
Susu pekat manis 1/4 atau 1/2 tin (ikut tekak anda)
Sebungkus Oreo
Susu segar Dutch Lady

CARA-CARA:

1) Blend Oreo sampai hancur menggunakan blender kering. Ada orang tak suka masukkan krim dia, tapi aku balun blend sekali.
2) Blend cream cheese + susu pekat manis 1/4 tin atau 1/2 tin + susu segar 3 -4 sudu besar (Sukatan susu segar ikut suka anda, masuk sikit-sikit dulu, jangan sampai tekstur cream cheesenya terlalu cair)
4) Sediakan loyang.
5) Biskut Hup Seng Deluxe Crackers dicelup ke dalam susu segar yang ada lebih tadi. Dah celup, susunlah sekeping demi sekeping dalam loyang.
4) Dah siap selapisan, sapukan cream cheese di atasnya rata-rata sampai semuanya diselaputi cream cheese.
5) Taburkan serbuk oreo yang dah diblend.
6) Ulang langkah-langkah di atas selapis demi selapis.
7) Balut dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti ais.
8) Enak dimakan selepas disejukkan semalaman.

* Ada orang suka cream cheese tebal-tebal, ikut suka anda. Maknanya kena tambah lebih sikit cream cheese untuk diblend.




Selama ni buat kek batik guna roti Marrie ja......Jadi aku nak cuba resepi baru pula. Resepi ni kakak aku yang bagi. Teruja pula sebab kali ni guna chese...Mudah je nak buat.Lepas tu simpan je dalam peti sejuk.

Apa pun, selamat mencuba bagi yang belum pernah cuba. Bagi yang dah selalu cuba, buatlah lagi buat untuk minum petang nanti.

Paprik Ayam

Dicatat oleh Unknown di 6:32 PG 0 ulasan
BAHAN-BAHAN A :

Dada ayam yang dipotong kecil (selalu aku guna dada ayam bersaiz besar dalam 3 atau 4 ketul)
Bawang besar sebiji dihiris
Bawang putih 3 - 5 ulas diketuk atau dihiris ikut suka tekak anda
Halia 2 inci dihiris
Cili merah dan cili padi (berapa batang terpulang pada toleransi anda terhadap makanan pedas)
Serai 2 - 3 batang diketuk
1 kiub ayam
1 kiub tomyam (ikut suka nak letak atau tak ; dalam 4 kali aku masak sekali saja aku guna)
Daun limau 5 - 6 helai
Sedikit perahan limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Sayur (baby corn, lobak, kacang panjang, kubis bunga)


BAHAN-BAHAN B : (Ini adalah sos dan boleh dicampurkan semuanya dalam satu mangkuk)

2 - 3 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos ikan


CARA-CARA MASAK :

1) Ayam yang dipotong kecil tadi boleh digaul dengan sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam / kunyit dan digoreng sebentar. Jangan terlalu lama dan garing sangat.

2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar + bawang putih + cili padi + serai.

3) Bila agak dah kekuningan dan harum, masukkan sos yang telah dicampurkan tadi + kiub pati ayam seketul + halia yang dihiris.

4) Gaul sebentar dan masukkan air ikut kepekatan yang anda suka. Kalau anda suka pekat, letak secawan kecil air pun cukup. Kalau anda suka berkuah sikit, letak dalam 2 cawan kecil air. Aku selalu letak secawan kecil.

5) Masukkan sayur sebab sayur perlukan masa untuk empuk. Dah agak-agak empuk, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kaup balikkan kesemua bahan.

6) Masukkan sedikit perahan air limau kasturi, garam dan gula secukup rasa.

7) Carikkan daun limau ke dalam kuali. Masak lagi sekejap. Sekejap saja, tak perlu lama-lama okay. Dan siap!!! Dan inilah hasilnya. 
Kalau nak diikutkan aku bukanlah arif sangat masak, pakai main campak-campak saja. Asal  sedap ditekak, jadilah. Heee. Resepi ni semua cari di internet je....Mudah. Menu ni merupakan resepi keempat aku masak untuk orang dalam rumah.
Okay semua, selamat mencuba. Aku pun budak baru belajar lagi, salah silap harap dimaafkan dan dibetulkan.

Resepi Tuna In Croissant

Dicatat oleh Unknown di 6:01 PG 0 ulasan


Bahan-bahan:
  • 5 Roti Croissant (beli di Aeon)
  • Tuna dalam tin
  • Mayonis (2-3 sudu besar)**
  • Bawang Besar (cincang halus)
  • Daun Salad dan Tomato
  • ** mayonis boleh tambah or kurangkan ikut suka
Cara penyediaan:
  1. Gaul sebati tuna, mayonis dan bawang
  2. Belah roti Croissant dan sapu adunan tuna tadi
  3. Letak daun Salad dan hirisan Tomato. Siap!!
 

This is Me Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea